Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL berharap agar orang ramai hormat keputusan dan kehidupan baharunya selepas bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu.
Katanya, dia hanya mahu orang ramai memberikannya ruang dan hormat setiap keputusan yang dilakukan untuk hidupnya ketika ini.
“I hope everyone respect our life (Saya harap semua orang menghormati kehidupan kami). Rakaman pada 9 November 2022 di Malaysia,” tulisnya ringkas pada satu video Tiktok.
Dalam video tersebut, BCL menjawab mengenai kesediaannya menerima insan baharu dalam hidup selepas pemergian Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
“Mengenai membuka hati atau tidak, semuanya bergantung cara individu itu memperkenalkan diri pada saya. Dia datang sebagai kawan, kemudian berbual, kami selesa dan kemudian saling berhubungan.
“Namun semua itu tidak akan sama. Saya juga tidak mencari pengganti malah tidak akan yang boleh menggantikan.
“Saya tidak memaksa untuk bertemu seseorang namun juga tidak memaksa untuk enggan berjumpa seseorang,” katanya.
BCL juga menambah beliau menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah SWT dan akan menerima apa sahaja aturan yang ditakdirkan buatnya.
“Saya hanya hidup dan lihat ke mana yang ditakdirkan Allah SWT.
“Aku cuma boleh menjalani hidup dan menerima sahaja. Kita hanya boleh lakukan terbaik dalam kehidupan,” ujarnya.
Terdahulu, BCL pernah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Tiga tahun kemudian, BCL selamat bernikah dengan ahli perniagaan iaitu Tiko pada 8 Disember 2023 dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun kehidupan BCL dan suami baharunya itu mendapat perhatian warganet kerana dilihat agak bebas hingga mengundang kecaman netizen.
Baca juga: Peminat Sedih Bila Bunga Citra Lestari Buang Nama ‘Sinclair’ Pada Namanya
Sumber: Tiktok