Aktres, Bunga Citra Lestari atau BCL dilihat tidak lagi menggunakan gabungan namanya bersama arwah suami, Ashraf Sinclair, apabila beliau menggugurkan perkataan ‘Sinclair’ pada nama di akaun Instagram miliknya.
BCL yang juga penyanyi dan pelakon sebelum ini menggunakan nama Instagramnya, @bclsinclair, namun telah menukarnya kepada nama baharu iaitu @itsmebcl.
Tindakan itu telah menarik perhatian peminatnya yang rata-rata bersedih dengan tindakan berkenaan. Ada peminat yang seakan tidak memberi restu kepadanya kerana berasa dia seperti sudah melupakan arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
Namun tidak kurang ada juga segelintir peminat yang memberi sokongan kepada BCL untuk berkahwin dan kembali bergelar isteri selepas beliau mengumumkan bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya, Tiko Wardhana tidak lama lagi.
Sumber: Instagram BCL