Ameera Khan Kongsi Ciri Lelaki Idaman, “Nak Yang Sayang Baby, Tinggi Dan Boleh …” [Video]

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan, adalah satu nama yang tidak asing lagi.

macam kareena kapoor, ameera khan dipuji cantik pakai abaya pink

Turut dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), Ameera kini banyak meluangkan masa dengan pekerjaannya sebagai pempengaruh media sosial.

 

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan pemilik nama sebenar Nur Ameera Khan, 23, memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya yang akan dikahwini dan akan hidup bersama hingga akhir hayat.

ameera khan kongsi ciri lelaki idaman, “nak yang sayang baby, tinggi dan boleh …” [video]

“Nak yang boleh terima gelak baby, Membimbing baby di sisi Allah, yang sudah tertulis di luh mahfuz Allah yang terbaik untuk baby yang boleh bimbing baby, yang pemurah, yang penyayang.

“Nak yang sayang baby & satu family serupa family dia sendiri ataupun lebih lagi. Nak yang smart, tinggi dan yang boleh jaga baby lebih dari Mama dan Daddy,” kata beliau.

 

@lailakhanakhamad1 Sapa yg kenal family #neelofa ni mmg tau dorang ni sgt humble sebenarnya.. org tak kenal je selalu kecam.. #littlemisskhan #LMK #kucatehoneyherbstea ♬ original sound - Kak laila khan

 

Dalam perkembangan lain, Ameera Khan yang baru-baru ini digosipkan bersama pelakon kacak, Meerqeen, menafikan hubungan mereka sebagai kekasih, sebaliknya hanya sekadar kawan sekerja.

bukan kekasih, ameera khan hanya kawan meerqeen, “friendzone tahap sejuta” – netizen

Baca: Bukan Kekasih, Ameera Khan Hanya Kawan Meerqeen, “Friendzone Tahap Sejuta” – Netizen

Baca juga: Meerqeen Serba Salah Bila Digosip Bercinta Dengan Ameera Khan

 

Sumber: Tiktok