Adik kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa iaitu Ameera Khan, menafikan hubungannya sebagai kekasih kepada pelakon Meerqeen.
Sebaliknya hubungan mereka hanya sekadar kawan dan bukannya bercinta seperti yang hangat diperkatakan netizen.
Menerusi video siaran langsung bersama ibunya, Noor Kartini, Ameera Khan menjelaskan kepada orang ramai mengenai status hubungannya bersama pelakon itu selepas foto dan video mereka bersama tular di media sosial
"Sebab ramai orang ingat 'baby' (saya) dengan Meerqeen ini 'gewe', (pasangan bercinta) padahal dop (tidak). Kita saing (kawan)," katanya.
Penjelasan itu membuatkan ramai peminat Meerqeen terutamanya wanita menarik nafas lega kerana artis kesayangan mereka itu masih lagi single.
Namun dalam pada itu ada juga peminat yang meninggalkan komen di akaun Tiktok yang berkongsi semula video live tersebut.
"Friendzone' tahap sejuta," tulis seorang netizen.
"Dia boleh dapat yang lebih baik daripada Meerqeen pun," tulis seorang netizen lain.
Terdahulu, kecoh di media sosial memaparkan video Ameera Khan dan Meerqeen terlihat mesra di satu lokasi dipercayai di Paris.
Sumber: Tiktok