“Tanggungjawab Arwah Ayah Saya Dah Selesai di Dunia,” – Alya Iman Bidas Komen Netizen

Pelakon, Alya Iman telah mencuri perhatian warganet selepas dilihat kini tampil tidak lagi bertudung, meskipun beliau pernah menjadi model pakaian muslimah suatu ketika dahulu.

“saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar,” alya iman selesa tak bertudung

Baca: “Saya Cuma Mahu Tunjukkan Diri Yang Sebenar,” Alya Iman Selesa Tak Bertudung

 

Tindakan Alya Iman atau nama sebenarnya Alya Ziman Zamil itu telah menerima kecaman ramai hinggakan beliau tampil membidas komen seorang netizen dengan mengatakan segala dosanya di dunia ketika ini tidak lagi ditanggung oleh arwah bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha.

“tanggungjawab arwah ayah saya dah selesai di dunia,” – alya iman bidas komen netizen

“Tanggungjawab arwah ayah saya sudah selesai di dunia,” jawabnya ringkas sambil berkongsi pautan kenyataan Mufti Perlis bertajuk “Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung Bapa?”

 

Dalam pautan itu, Mufti Perlis mengatakan seorang bapa tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh anak sekiranya wanita tersebut telah mencapai akil baligh.

“tanggungjawab arwah ayah saya dah selesai di dunia,” – alya iman bidas komen netizen

“Dalam Islam, setiap orang yang mukallaf (baligh, berakal dan sampai ajaran Islam secara jelas kepadanya) menanggung dosa sendiri.

“Tidak ada konsep pihak lain menanggung dosa orang lain. Apa yang ada ialah seseorang yang melakukan dosa dengan sengaja akan menanggung dosanya sendiri,” jelas Mufti Perlis dalam kenyataan tersebut.

 

Alya Iman sebelum ini mengejutkan orang ramai apabila enggan lagi tampil hipokrit dan berpura-pura depan orang ramai kerana tidak lagi berhijab seperti sebelum ini.

 

Baca juga: Tampil Lebih ‘Berani’ Lepas Buka Tudung, Pelakon Wanita Ini Dikecam Netizen

 

Sumber: Kosmo!