Sisi Negatif Bekerja Dari Rumah Sudah Mula Kelihatan

Tatkala ramai yang sedang melakukan kerja dari rumah dengan tujuan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, kini sisi negatifnya terhadap kehidupan sudahpun mula kelihatan.

sisi negatif bekerja dari rumah sudah mula kelihatan

Menurut laporan dari BERNAMA dan Astro Awani, seorang perunding sumber manusia serantau,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham mendedahkan peningkatan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, penyalahgunaan maya dan keseimbangan kerja-kehidupan yang mula terjejas.

 

Antara aduan yang diterima seperti:

  • Terpaksa mengorbankan masa peribadi
  • Majikan yang mendesak
  • Kurangnya keseimbangan kerja-kehidupan
  • Menyelesaikan konflik majikan-pekerja pada mesyuarat kumpulan, dan
  • Keengganan pekerja untuk menyuarakan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan mereka

majikan, hormatlah masa rehat pekerja yang bekerja dari rumah

Menurutnya, ramai pekerja memilih untuk bersabar dengan sikap majikan yang mendesak dan tidak sensitif ketika negara masih melaksanakan sekatan pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19.

sisi negatif bekerja dari rumah sudah mula kelihatan

Baca: Majikan, Hormatlah Masa Rehat Pekerja Yang Bekerja Dari Rumah

 

Beliau bagaimanapun menasihatkan pekerja agar bersabar dengan situasi sekarang sehinggalah keadaan kembali normal dan mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik.

 

Tambah lagi, wujud juga sisi positif kesan daripada bekerja dari rumah seperti penjimatan bagi kedua-dua pihak termasuklah sewa pejabat, bil utiliti, perbelanjaan perjalanan harian dan perbelanjaan penjagaan anak.

Gajen yang menawarkan khidmat rundingan di sembilan negara Asia dan telah menganjur serta hadir beratus-ratus mesyuarat maya turut mencadangkan petua bagi majikan dan pekerja seperti menghadkan mesyuarat maya dalam tempoh masa yang kondusif tidak lebih 30 minit.

 

Majikan dan pekerja juga perlu menghormati ruang privasi antara satu sama lain dan perlu berdisiplin patuh masa bekerja dan bekerja dengan bersungguh-sugguh menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

Sumber: BERNAMA / Astro Awani