Majikan, Hormatlah Masa Rehat Pekerja Yang Bekerja Dari Rumah

Ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau Total Lockdown, ramai pekerja yang terpaksa melakukan kerja dari rumah masing-masing, dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.

majikan, hormatlah masa rehat pekerja yang bekerja dari rumah

Meskipun istilah bekerja dari rumah mungkin nampak seakan mudah pada segelintir orang, ia sebenarnya sukar atas beberapa halangan tertentu.

 

Misalnya sambungan Internet, tanggungjawab terhadap keluarga seperti memasak dan mengemas, serta gangguan persekitaran tempat bekerja yang membuatkan kerja dari rumah menjadi tidak sistematik.

majikan, hormatlah masa rehat pekerja yang bekerja dari rumah

Akibatnya, ada majikan yang menggangu pekerja mereka diluar waktu bekerja termasuklah waktu rehat dan waktu untuk bersama keluarga di rumah.

 

Tindakan itu sebenarnya adalah bercanggah dengan Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan maksimum lapan jam bekerja dan jika lebih pada waktu itu maka majikan perlu membayar elaun tambahan.

 

“Pekerja dari rumah ada tanggungjawab lain seperti jaga anak, pengurusan rumah dan ini melibatkan soal pengurusan masa melibatkan pekerja itu sendiri.

“Perkara ini perlu diambil perhatian pihak pengurusan di mana tidak bermaksud segala kelengkapan yang ada di rumah, (bermakna) mereka boleh ambil kesempatan untuk kerah pekerja,” kata aktivis pekerja, Datuk Abdul Halim Mansor.

 

Menurutnya lagi, sekiranya tugas itu memerlukan pekerja itu bekerja diluar waktu bekerja, maka majikan perlu menghubungi pekerja dan menjelaskan kadar bayaran kerja lebih masa berikutan ia adalah kepentingan kepada syarikat.

 

Selain majikan, pekerja itu sendiri perlu mengamalkan disiplin yang tinggi ketika melakukan kerja dari rumah.

 

Sumber: Astro AWANI

 

 

ARTIKEL BERKAITAN