Penyanyi dan salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK, Rose, kini menjadi penyanyi K-Pop solo yang mendapat tontonan muzik tertinggi di Youtube dalam tempoh 24 jam.
Ia sekaligus memadamkan rekod yang dipegang Psy menerusi lagu Gentleman selama lapan tahun.
Menerusi muzik video On The Ground yang dilancarkan pada 13 Mac lalu, berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 41.6 juta dalam masa 24 jam, berbanding rekod terdahulu Psy sebanyak 36 juta dalam tempoh yang sama.
Rose tampil dengan nyanyian solo secara rasmi pada 12 Mac lalu, selepas rakannya dalam BLACKPINK, Jennie telah melakukan sedemikian pada 2018.
Terdahulu, Rose turut berkongsi sedutan video nyanyian lagu baharunya berjudul Gone pada Januari lalu dan tak sampai sebulan video ciptaannya bersama beberapa komposer hebat termasuk Teddy Park itu mendapat lebih 40 juta tontonan.
Rose juga sebelum ini mengakui kesukaran untuk menyanyi secara solo, dan perlu melakukan semuanya sendiri berbanding ketika bersama kumpulan BLACKPINK.
Sumber: NME