Rose BLACKPINK Akui Kesukaran Bergelar Penyanyi Solo

Figura terkenal K-Pop, Rosé BLACKPINK akui sukar untuk membiasakan dirinya sebagai seorang penyanyi yang bergerak solo, tanpa kehadiran anggota BLACKPINK yang lain.

rose blackpink akui kesukaran bergelar penyanyi solo

Pengakuan tersebut dibuat menerusi rancangan variety popular, My Ugly Duckling yang mana Rosé membuat penampilan tetamu sebagai MC istimewa.

Menurutnya, terdapat momen yang mana dia berasa tidak yakin dengan sesuatu ketika mempromosikan sebagai penyanyi.

Namun, pada kebiasaannya, dia akan berbincang dengan anggota BLACKPINK lain iaitu Jennie, Jisoo dan Lisa yang mana kesemua mereka bakal mengutarakan pendapat masing-masing sebelum menentukan sesuatu keputusan yang melibatkan kumpulan mereka.

Tapi, lain pula yang terjadi apabila dia bergerak sebagai seorang penyanyi solo buat pertama kalinya.

Akuinya, “Tetapi ketika saya mempromosikan solo, saya harus menjadi orang yang membuat keputusan dan melakukan perkara sendiri.”

Lanjutnya lagi, “Sememangnya sukar untuk tidak mempunyai kawan-kawan saya untuk bergantung.”

Namun, dia juga sempat bercanda mengenai kelebihan mempromosikan sebagai seorang penyanyi solo.

Katanya, “Memandangkan kini saya hanya bersiap-siap bersendirian, saya hanya memerlukan masa yang sedikit untuk bersiap. Jadi, saya boleh bangun lambat sedikit.”

Ketika pengacara Seo Jang Hoon menyenaraikan beberapa pencapaian BLACKPINK yang mengagumkan, Rosé dengan rendah hati menjawab, “Entah bagaimana saya merasa seperti mendengar mengenai orang lain dan bukan mengenai kami (BLACKPINK). Saya rasa itu juga pelik bagi kami.”

Terbaru, Rosé membuat penampilan pertamanya sebagai seorang penyanyi solo menerusi album single berjudul R.

Terkandung dalam album terbabit ialah dua buah lagu yang turut menerima sentuhan daripadanya sendiri, “On The Ground” dan “Gone”.

Jelas Rosé mengenai single utama yang berjudul “On The Ground”, ia berkisarkan mengenai mereka yang mencari makna dalam kehidupan namun jawapan tersebut sebenarnya sudah pun berada dalam diri sendiri.

 

Sumber: Soompi