Negara jiran, Thailand kini dalam proses membangunkan panel solar terbesar di dunia yang mempunyai saiz bersamaan 100 padang bola sepak.
Ia menerusi projek pembangunan tenaga solar yang dibina di empangan Sirindhorn yang mampu menghasilkan kuasa elektrik 45 megawatt dan boleh menjana tambahan 36 megawatt sekaligus membekalkan tenaga elektrik untuk tiga wilayah di timur Thailand.
Pembinaan ini dapat membantu negara itu menangani isu terbesar mengenai pembangunan infrastruktur tenaga solar, kekurangan dan kos tanah.
Panel solar itu mampu menghasilkan tenaga elektrik sepanjang hari pada waktu siang, manakala empangan kuasa hidro beroperasi pada waktu malam.
Pembinaan ini sekaligus dapat mengawal pengeluaran karbon dari sektor tenaga dan seterusnya memberikan udara yang lebih bersih.
Selain projek pembinaan ini, terdapat sebuah lagi projek solar terapung yang lebih kecil di utara Thailand.
Terdahulu, Singapura juga telah membangunkan skim panel solar serupa di kolam Takungan Tengeh dan projek serupa akan dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sumber: [1]