Singapura Rasmikan Ladang Solar Terapung Terbesar Di Dunia

Ladang solar terapung terbesar di dunia kini dibuka secara rasmi di Tengeh Resevoir dekat Singapura.

singapura rasmikan ladang solar terapung terbesar di dunia

Dengan keluasan 45 hektar atau bersamaan 45 padang bola sepak, ladang solar daripada sistem fotovolta (PV) itu mampu menjana sehingga enam juta kiloWat-jam tenaga menerusi 122,000 panel suria.

singapura rasmikan ladang solar terapung terbesar di dunia

Projek mega itu telah dirangka, dibina dan dikendalikan oleh Sembcorp Industries menerusi lantikan oleh Agensi Air Kebangsaan Singapura PUB pada 10 Feb 2020 dan mula dibina Ogos 2020.

 

"Melalui ladang solar terapung ini, satu lagi langkah ke hadapan PUB demi mencapai kelestarian tenaga dalam rawatan air. Sumber tenaga solar yang banyak, bersih dan hijau menjadi keutamaan PUB dan Singapura untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida," kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee, dalam satu kenyataan.

singapura rasmikan ladang solar terapung terbesar di dunia

Daripada ladang solar ini, tenaga yang dihasilkan adalah cukup untuk menggerakkan lima loji rawatan air tempatan, mengimbangi keperluan tenaga tahunan PUB sekitar 7.0 peratus dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

 

Ia juga bersamaan dengan tenaga untuk 16,000 flat empat bilik dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 32 kiloton setiap tahun, sama seperti mengurangkan 7,000 kereta di jalan raya.

 

Sumber: Astro AWANI