Liverpool Berpeluang Sekat Man. City, Jika Tidak Ucaplah Selamat Tinggal Gelaran Juara EPL

Pasukan Liverpool masih berpeluang untuk menyekat pendahulu liga, Man. City dalam saingan pada tengah malam Isnin ini.

liverpool berpeluang sekat man. city, jika tidak ucaplah selamat tinggal gelaran juara epl

Namun jika gagal, pasukan bimbingan Jurgen Kloop itu mungkin terpaksa melupakan hasrat menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

liverpool berpeluang sekat man. city, jika tidak ucaplah selamat tinggal gelaran juara epl

Liverpool yang kini berada ditempat ke-4, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Man City yang juga mempunyai kelebihan satu perlawanan.

liverpool berpeluang sekat man. city, jika tidak ucaplah selamat tinggal gelaran juara epl

Man. City akan ke Anfield pada tengah malam Isnin dan perlawanan epik itu bakal menentukan nasib Liverpool musim ini.

liverpool berpeluang sekat man. city, jika tidak ucaplah selamat tinggal gelaran juara epl

Selepas tewas 0-1 keatas Brighton semalam, Andy Robertson, mengakui buat masa ini mereka tergelincir dalam pemburuan gelaran.

 

"Liverpool harus melihat kepada mengukuhkan tempat di empat posisi teratas dan perlu mengharungi setiap perlawanan dengan seadanya memandangkan prestasi mereka yang sangat rendah.

"Terdapat begitu banyak perubahan dalam pasukan ini sehingga membuatkan anda tidak begitu yakin. Alisson terpinggir pada saat-saat dan Liverpool masih menunggu beberapa pemain untuk kembali (daripada kecederaan).

"Jadi saya rasa mulai sekarang, jika anda menawarkan Liverpool di kedudukan empat teratas, mereka perlu mengambil peluang itu dan mencapainya. Ia harus ditanam dalam pemikiran kerana itulah yang mereka inginkan pada masa ini.

"Sekiranya mereka dapat kembali ke perebutan gelaran -- dan untuk melakukannya, mereka harus mengalahkan City -- kemudian kita boleh melihat di mana kedudukan mereka selepas tujuh atau lapan perlawanan lagi. Semoga daripada perspektif Liverpool, persembahan City akan penurunan," kata legenda The Reds, Jamie Carragher.

 

Sumber: Astro Awani