Sekali Lagi Bernasib Malang, Liverpool Tewas Lagi Di Anfield

Pasukan Liverpool sekali lagi tewas dilaman sendiri awal pagi tadi dan kali ini keatas Brighton.

sekali lagi bernasib malang, liverpool tewas lagi di anfield

Aksi terburuk yang dipamerkan Reds dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ini nampaknya semakin sukar selepas Manchester City pula menang 2-0 keatas Burnley.

Meskipun Liverpool nampaknya mendominasi perlawanan, namun anak buah Jurgen Kloop seakan kekeringan idea untuk mencipta jaringan.

sekali lagi bernasib malang, liverpool tewas lagi di anfield

Sebaliknya, Brighton terlebih dahulu mencipta gol seawal minit ke-10 selepas babak kedua disambung hasil jaringan Steven Alzate.

sekali lagi bernasib malang, liverpool tewas lagi di anfield

Kekalahan ini merupakan yang kedua dilaman sendiri sejak September 2012. The Reds sebelum ini dikejutkan dengan kemenangan oleh Burnley 1-0 pada 22 Januari lalu.

Liverpool kini jatuh ke tangga ke-4 liga selepas Leicester City menang 2-0 ke atas Fulham yang kini merampas kedudukan ketiga EPL. Berikut adalah kedudukan top 10 dalam saingan liga setakat 4 Februari 2021:

sekali lagi bernasib malang, liverpool tewas lagi di anfield

Sumber: EPL

ARTIKEL BERKAITAN