Lelaki Usia 49 Tahun Nyaris Maut Tertelan Kunci Kereta, “Asalnya Nak Main Je..”

Tindakan seorang lelaki berusia 49 tahun yang mahu bermain bersama kunci kereta mengundang padah apabila dia secara tidak sengaja menelan kunci itu dan menyebabkan ia tersekat pada kerongkong.

 

Lelaki dari Arab Saudi itu terus dikejarkan ke sebuah hospital di negara berkenaan selepas mengadu sesak nafas akibat tertelan kunci kereta.

 

Menerusi foto sinar-X, jelas kelihatan terdapat anak kunci pada bahagian kerongkongnya yang menjadi punca beliau berasa sesak nafas.

lelaki usia 49 tahun nyaris maut tertelan kunci kereta, “asalnya nak main je..”

Satu prosedur endoskopi telah dibuat bagi mengesan kedudukan anak kunci itu dan dapat disahkan ia telah menghalang laluan pernafasan mangsa.

 

Doktor segera melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kunci berkenaan. Mujur mangsa dapat diselamatkan dan diletakkan dibawah jagaan pihak hospital selama beberapa hari, sebelum mangsa dibenarkan keluar.

 

Sebelum ini, ada laporan juga mengatakan seorang mangsa telah tercekik selepas secara tidak sengaja tertelan berus giginya sendiri.

lelaki ngantuk sangat nyaris maut tertelan sebatang berus gigi

Baca: Lelaki Ngantuk Sangat Nyaris Maut Tertelan Sebatang Berus Gigi

 

Sumber: Oddity Central