Lelaki Ngantuk Sangat Nyaris Maut Tertelan Sebatang Berus Gigi

Seorang lelaki nyaris maut selepas secara tidak sengaja tertelan sebatang berus gigi sepanjang 15 sentimeter, baru-baru ini.

lelaki ngantuk sangat nyaris maut tertelan sebatang berus gigi

Lelaki yang berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu, China itu memberitahu beliau menjalani rutin biasa pada awal pagi termasuklah memberus gigi dan bersarapan, namun berasa lebih mengantuk daripada kebiasaannya.

 

Ketika memberus gigi, berus itu terlepas dari pegangannya lalu meluncur masuk ke dalam tekak lelaki itu. Beliau kemudiannya cuba menarik keluar berus gigi berkenaan, namun pemegang plastik pada berus gigi itu sangat licin, menyebabkan ia semakin jauh ke dalam.

 

Sebaik sahaja sedar beliau menelan berus gigi dan berasa tidak selesa, lelaki itu bergegas ke hospital tempatan dan doktor menjalani imbasan x-ray sebelum menjalani pembedahan gastrokopi kecemasan.

lelaki ngantuk sangat nyaris maut tertelan sebatang berus gigi

Tindakan pantas lelaki itu yang segera ke hospital mendapat pujian doktor kerana ramai yang suka membuat rawatan ‘tradisional’ seperti menelan nasi atau meminum cuka jika tertelan bendasing, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lebih serius.

 

Malah, jika dibiarkan lelaki itu mungkin boleh menempah maut akibat tertelan berus gigi terbabit.

 

Sumber: Oddity Central