Lebih 200 Saman Dikeluarkan Kesalahan Kenderaan Berada Atas Garisan Putih

Sebanyak 203 saman telah dikeluarkan atas kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur setakat hari ketiga pelaksanaannya.

denda rm2 ribu, penjara 6 bulan jika terlajak berhenti lebih garisan putih

Baca: Denda RM2 Ribu, Penjara 6 Bulan Jika Terlajak Berhenti Lebih Garisan Putih

 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 5,953 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang mana kesalahan lalu lintas merekodkan jumlah saman tertinggi sebanyak 4,637.

 

Ujar beliau, jumlah saman yang dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan seperti tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), melanggar lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai plat kenderaan (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (4 saman).

polis buat operasi trafik besar-besaran fasa dua di kl mulai hari ini

"Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,637 saman dikeluarkan diikuti kesalahan lain-lain (927 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (203 saman).

"Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai nombor pendaftaran (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (empat saman)," demikian menurut beliau.

 

Tambahnya lagi, seramai 11 individu juga telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mabuk, menjalankan operasi parkir haram, memiliki kenderaan curi dan juga kes dadah.

 

Baru-baru ini, Polis Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi Hormat Undang-Undang Fasa Dua dengan lebih tegas melibatkan jalan raya di sekitar ibu negara sehingga 29 September depan, dengan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

polis buat operasi trafik besar-besaran fasa dua di kl mulai hari ini

Sumber: HMetro