Denda RM2 Ribu, Penjara 6 Bulan Jika Terlajak Berhenti Lebih Garisan Putih

Setiap kali berada di persimpangan lampu isyarat, anda pasti dapat melihat garisan putih pada jalan, dibuat sebagai had perantara pemandu jalan raya dengan pelintas jalan kaki.

 

Tahukah anda, mana-mana kenderaan yang didapati berada lebih daripada garisan putih ini akan dikenakan denda, menerusi pelaksaan Op Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara.

denda rm2 ribu, penjara 6 bulan jika terlajak berhenti lebih garisan putih

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Julai 2023 lalu, seperti yang termaktub dalam Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) – Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan.

 

Peraturan itu menyebut:

– Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang di luar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.

– Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

denda rm2 ribu, penjara 6 bulan jika terlajak berhenti lebih garisan putih

Selain itu, PDRM turut mengingatkan pengguna jalan raya agar patuh kepada arahan lampu isyarat, seperti yang disebut di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959) – Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah.

 

Peraturan itu juga menyebut mengenai kesalahan tidak mematuhi peraturan yang ditunjukkan lampu isyarat apabila pengguna kenderaan bergerak melebihi garisan berhenti bersama dengan isyarat-isyarat sehingga isyarat hijau ditunjukkan.

denda rm2 ribu, penjara 6 bulan jika terlajak berhenti lebih garisan putih

Mana-mana pengguna yang didapati melanggar peraturan ini juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

 

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM