JPJ Tak Lagi Keluarkan Roadtax Fizikal Mulai 1 Ogos, Ini Cara Guna App MyJPJ

Berikutan pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan pada Februari lalu untuk melaksanakan cukai jalan dan lesen memandu digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini tidak akan lagi mengeluarkan pelekat cukai jalan fizikal kepada pemilik kenderaan persendirian dan pemilik motosikal 1 Ogos.

jpj tak lagi keluarkan roadtax fizikal mulai 1 ogos, ini cara guna app myjpj

Baca: Tiada Lagi Pelekat ‘Roadtax’, Pemilik Kenderaan Boleh Guna Paparan Digital

 

Menurut satu kiriman yang dikongsi oleh netizen di Facebook, pemilik kenderaan persendirian dan motosikal kini perlu menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengakses maklumat cukai jalan elektronik mereka.

jpj tak lagi keluarkan roadtax fizikal mulai 1 ogos, ini cara guna app myjpj

Kiriman tersebut menyertakan notis yang dipercayai diambil dari salah satu cawangan JPJ di negara ini.

 

Seperti yang dinyatakan dalam notis tersebut, pemilik kenderaan masih boleh mengunjungi kaunter JPJ untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka dan membuat semakan melalui aplikasi MyJPJ.

 

Namun, notis tersebut juga menyebut bahawa orang tua, warga asing, dan pemilik kenderaan syarikat daripada ketiga-tiga kumpulan ini masih boleh mendapatkan pelekat cukai jalan fizikal apabila memperbaharui cukai jalan mereka di kaunter JPJ.

 

Berikut adalah cara untuk anda membuat pendaftaran roadtax dan juga lesen memandu menerusi aplikasi MyJPJ.

 

1. Download aplikasi MyJPJ secara percuma menerusi Google Play Store, Apple App Store.

2. Klik pada 'Daftar Akaun Baharu’, dan masukkan nombor kad pengenalan (IC), MyPR atau MyKAS.

3. Isikan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan email.

4. Jawab tiga soalan sekuriti untuk mengesahkan identiti anda.

5. Tetapkan kata laluan. Pastikan kata laluan anda mempunyai sekurangnya 8 aksara yang terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

6. Log masuk akaun anda.

jpj tak lagi keluarkan roadtax fizikal mulai 1 ogos, ini cara guna app myjpj

Baca: Lapan Aksara Belakang Lesen Kini Jadi Kod Sekuriti Lesen Memandu Digital

 

Menerusi aplikasi MyJPJ, anda boleh membuat semakan dan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan anda secara atas talian sahaja. Jangan panik sekiranya anda berhadapan dengan sekatan jalan raya, tunjukkan sahaja lesen memandu digital anda pada telefon pintar. Mudah!

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah mengumumkan bahawa pelaksanaan cukai jalan elektronik dan lesen memandu digital untuk kenderaan persendirian akan menghapuskan keperluan pelekat cukai jalan fizikal pada kenderaan di Malaysia.

 

 

Baca: Lelaki Ini Sanggup Cari Roadblock Sebab Nak Try Roadtax Digital, “Bukan Selalu JPJ Nak Puji,”

 

Sumber: Facebook