Cuti Sekolah Ni Jom Ajak Anak-Anak Layan Gemencheh Boys di Astro First!

Cuti sekolah sememangnya amat dinantikan ramai, khususnya para pelajar.

 

Disamping mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti riadah, apa kata ajak anak-anak layan filem yang mengisahkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa, iaitu Gemencheh Boys?

budak felda, gemencheh boys jadi pemain kriket bertaraf dunia

Baca: Budak Felda, Gemencheh Boys Jadi Pemain Kriket Bertaraf Dunia

 

Filem yang merupakan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures kini telahpun ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

Mengisahkan sekumpulan budak kampung, ‘Enam Jahanam’ yang mulanya nakal dan kemudian seorang guru memperkenalkan permainan sukan kriket. Disitu, bermulalah perjalanan mereka menuju ke pentas antarabangsa kriket.

 

Menariknya, filem daripada kisah benar ini telah diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk ke Piala Dunia Kriket pada 2019, dan turut berjaya merangkul emas di Sukan SEA 2017. Memang hebat!

 

Tatkala menonton filem ini, pasti ramai yang mula merindukan zaman persekolahan masing-masing suatu ketika dahulu.

Membariskan pelakon Pekin Ibrahim (membawa watak sebagai Cikgu Azman) serta enam kanak-kanak yang dipilih menerusi sesi ujibakat iaitu Aqil Yaya (Shafiq), Syed Ahmad (Rashid), Ayiet Harith (Fauzi), Kimi Norais (Amin), Izzue Deen (Shukri) dan Amir Kuziq (Azad) selaku tonggak utama, filem ini pasti membuatkan penonton dari segenap usia terkesan dihati, tambah pula boleh tonton terus di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

cuti sekolah ni jom ajak anak-anak layan gemencheh boys di astro first!

Apa tunggu lagi, jom saksikan Gemencheh Boys di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam.