Budak Felda, Gemencheh Boys Jadi Pemain Kriket Bertaraf Dunia

Mampukah 6 budak FELDA yang digelar ‘6 Jahanam’ meraih pingat emas kriket di peringkat antarabangsa? Gemencheh Boys ialah sebuah filem inspirasi yang diadaptasi daripada kisah benar 6 budak FELDA Bukit Rokan Utara dan guru mereka, Cikgu Azman. 

Diterbitkan studio terkemuka Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Oktober ini bukanlah filem sukan semata-mata. Ia mempertaruhkan jalan cerita penuh inspirasi disulami gelak tawa, perasaan bangga dan menyentuh hati dengan tema semangat setia kawan dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.  

budak felda, gemencheh boys jadi pemain kriket bertaraf dunia

Menerusi tagline ‘no retreat, no surrender’, Gemencheh Boys memaparkan kisah Shafiq dan lima sahabatnya semasa zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah, tetapi dalam kalangan penduduk kampung. 

Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman bertanggungjawab untuk membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah. Meskipun cikgu Azman tidak mempunyai asas tentang sukan yang dianggap elit itu, dia bertekad membimbing ‘6 jahanam’ -  Shafiq, Rashid, Fauzi, Amin, Shukri dan Azad untuk bermain kriket, sekaligus mengubah kehidupan mereka. 

budak felda, gemencheh boys jadi pemain kriket bertaraf dunia

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kebangsaan Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. Gemencheh Boys membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa jua latar belakang, apabila meletakkan kepercayaan dan kesungguhan, pasti mampu meraih kejayaan – ‘from zero to hero’. 

Menarik lagi, babak-babak yang dipaparkan amat dekat dengan masyarakat kita dan ia akan membawa penonton mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak pada era 1990an. Antaranya main cop tiang, mandi sungai, petik buah mangga selepas balik sekolah, berbasikal sekitar kawasan kampung dengan kawan-kawan, lawan labah-labah dan simpan dalam kotak mancis, denda ketuk ketampi, layang-layang dan banyak lagi. 

Gemencheh Boys adalah hasil arahan pemenang Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia 2017, Jason Chong bersama Eric Ong. Cerita asalnya diilhamkan oleh Jason dengan kerjasama Sky Khor untuk penulisan skrip.

budak felda, gemencheh boys jadi pemain kriket bertaraf dunia

Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama jenama tempatan APOM! dalam rangka promosi filem. Penonton boleh dapatkan t-shirt dan beg eksklusif Gemencheh Boys X APOM! di www.apom.my bermula 9 Oktober atau di outlet APOM! bermula 26 Oktober.  

Gemencheh Boys juga mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. Antaranya kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  - ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.  

Selain itu turut bekerjasama bersama pusat beli belah AEON dan genama DGI dalam rangka promosi filem. Pembelian tiket Gemenchech Boys boleh dibeli awal di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.