Elon Musk Bayangkan Pertarungannya Bersama Mark Zuckerberg Berlaku Dalam Colosseum, Rom

Beberapa minggu lalu, tular di media sosial mengenai pertarungan dalam sangkar besi oleh dua taikun elektronik dunia iaitu Mark Zuckerberg dan juga Elon Musk.

elon musk bayangkan pertarungannya bersama mark zuckerberg berlaku dalam colosseum, rom

Baca: Mark Zuckerberg Sahut Cabaran Elon Musk Bertarung Dalam Sangkar Besi

 

Meskipun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan mengenai pertarungan epik ini, namun terdapat ura-ura dari Musk yang membayangkan ia akan berlangsung dalam Colosseum di Rom.

 

Meskipun kedengarah aneh oleh kebanyakkan pihak memandangkan lokasi itu bukanlah sebuah tempat pertarungan, namun itu yang ditulis oleh CEO Twitter itu baru-baru ini.

elon musk bayangkan pertarungannya bersama mark zuckerberg berlaku dalam colosseum, rom

Malah, Musk turut dilihat sedang menjalani latihan bertarung, mungkin sebagai persiapannya sebelum berlawan bersama CEO Meta, Mark.

elon musk bayangkan pertarungannya bersama mark zuckerberg berlaku dalam colosseum, rom

Terdahulu, Mark telah menyahut cabaran yang dibuat Musk dengan menyiarkan klip video seni mempertahankan diri menerusi Instagram Story bersama mesej: “Hantar aku lokasinya”.

mark zuckerberg sahut cabaran elon musk bertarung dalam sangkar besi

Sumber: Twitter