Media sosial dikejutkan dengan cabaran pertarungan dalam sangkar besi oleh dua taikun elektronik dunia iaitu Mark Zuckerberg dan juga Elon Musk.
Beberapa bulan selepas Musk mengambil alih Twitter, Zuckerberg memberitahu akan melancarkan platform media sosial berasaskan teks sama seperti Twitter.
Sejak itu, Musk melakukan ‘troll’ terhadap CEO Meta itu dan terbaharu mencabar Zuckerberg untuk pertarungan dalam sangkar.
Tanpa mendiamkan diri, Zuckerberg kemudian menyiarkan klip video seni mempertahankan diri menerusi Instagram Story bersama mesej: “Hantar aku lokasinya”.
Tidak dapat dipastikan bila dan dimana pertarungan epik antara dua bilionair media sosial ini akan diadakan, namun yang pasti jika ia benar terjadi sudah pasti menjadi pertarungan yang epik.
Sementara itu, ramai netizen meramalkan Zuckerberg akan menang pertarungan dalam sangkar tersebut.
Sumber: The Verge