Umum mengetahui syarikat Meta telahpun melancarkan aplikasi media sosial terbaharu yang juga pesaing kepada Twitter, iaitu Threads.
Sejak dari sebelum ia dilancarkan lagi, kedua-dua taikun media sosial, iaitu Mark Zuckerberg (Meta) dan Elon Musk (Twitter) sering berbalah, hingga dilaporkan mereka akan bertarung sesama sendiri dalam sangkar besi.
Baca: Mark Zuckerberg Sahut Cabaran Elon Musk Bertarung Dalam Sangkar Besi
Perang psikologi antara mereka berlanjutan dengan Musk memuatnaik beberapa hantaran Twitter, mengejek dan memalukan Mark termasuklah mengutuk pesaingnya itu.
Ketidakpuasan Musk timbul selepas aplikasi Threads dikatakan meniru sepenuhnya aplikasi Twitter. Malah, Threads juga menjadi aplikasi paling cepat jumlah pengikutnya, dengan 100 juta pengguna dalam masa lima hari selepas ia dilancarkan.
Bagaimanapun, Mark tidak pula membuat serangan balas terhadap perang psikologi yang dicipta Musk, sebaliknya hanya menyahut cabaran pertarungan dalam sangkar besi yang dibuat Musk sebelum ini.
Sumber: Twitter