Ramai Dah Mula Sakit, China Arah Sekolah Buat Pemeriksaan Kesihatan Tiap Hari

Ekoran daripada peningkatan kes penyakit pernafasan bermusim dalam kalangan kanak-kanak, Kementerian Pendidikan China telah mengarahkan semua sekolah dan tadika di negara itu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan harian.

 

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China, berikutan peningkatan kes penyakit pernafasan ini, penambahbaikan kemudahan perubatan dan menambah jam kerja akan dibuat sekiranya perlu.

hospital sesak, china rekod peningkatan misteri penyakit pernafasan pada kanak-kanak

Baca: Hospital Sesak, China Rekod Peningkatan Misteri Penyakit Pernafasan Pada Kanak-Kanak

 

Malah, pentadbir sekolah di China juga dinasihatkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, selain mengesyorkan untuk menjalankan kelas secara atas talian kepada mereka yang terjejas dengan masalah kesihatan.

 

Terdahulu, kes radang paru-paru yang tidak didiagnos telah dilapor meningkat dalam kalangan kanak-kanak di utara China, hingga menyebabkan hospital mulai sesak dan penuh.

hospital sesak, china rekod peningkatan misteri penyakit pernafasan pada kanak-kanak

Bagaimanapun menurut jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak yang menular itu dikenali sebagai mycoplasma pneumonia dan ia adalah perkara biasa di China terutamanya ketika musim sejuk, selain ia tidak dianggap mempunyai potensi wabak.

 

Sumber: Bernama