Betul Ke Tak Boleh Guna Telefon Masa Kilat Sebab Takut Disambar?

Sejak akhir-akhir ini, kejadian kilat sering berlaku di beberapa negeri di Malaysia ekoran perubahan angin monsun yang biasanya berlaku pada hujung tahun.

betul ke tak boleh guna telefon masa kilat sebab takut disambar?

Umum sedia maklum tentang bahayanya kilat kepada manusia. Kejadian disambar kilat juga berlaku dibeberapa lokasi termasuklah insiden sebuah pokok ditepi jalan yang disambar hingga menyebabkan kebakaran.

bunyi macam bom, video petir sambar pokok buat ramai takut

Baca: Bunyi Macam Bom, Video Petir Sambar Pokok Buat Ramai Takut

 

Kilat boleh menyambar apa sahaja yang berada di tempat tinggi seperti pencawang, menara dan bangunan, malah apa jua yang berada dikawasan lapang. Satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya sejak sekian lama, boleh ke kita menggunakan telefon bimbit ketika waktu kilat?

 

Menurut pakar, penggunaan telefon bimbit ketika kilat sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan. Ini adalah kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkan ia disambar petir.

betul ke tak boleh guna telefon masa kilat sebab takut disambar?

Terdapat kemungkinan telefon bimbit boleh disambar kilat sekiranya peranti elektronik ini sedang dicas dengan wayar pengecas dan disambungkan pada plug serta digunakan semasa kejadian kilat berlaku.

 

Secara ringkasnya, penggunaan telefon bimbit yang tidak dicas dengan wayar pada plug dan digunakan dalam bangunan adalah selamat dan tidak membahayakan pengguna.

 

Elakkan daripada berada dikawasan terbuka atau dibawah pokok dan berhampiran dengan tempat aliran cas seperti tiang elektrik dan telefon ketika kilat atau ribut petir. Sentiasalah berwaspada untuk mencegah sebarang kemungkinan perkara buruk daripada berlaku.

 

Sumber: Hello Doktor