Sejak akhir-akhir ini, cuaca pada waktu petang sering kali hujan dengan diselangi petir sambar menyambar.
Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya.
Baru-baru ini, satu rakaman video dari dalam sebuah kenderaan telah merakam insiden dimana petir menyambar sebuah pokok yang berada ditepi sebuah jalanraya.
Jelas kelihatan dalam video tersebut, petir itu menyambar pokok lalu menghasilkan bunyi dentuman kuat seakan letupan bom hingga mengakibatkan percikan api terjadi.
Jarak pokok yang disambar petir itu tidak jauh daripada sebuah motor yang kebetulan melalui jalan tersebut.
Video yang mendapat jutaan tontonan di Tiktok ini telah menarik perhatian ramai dengan rata-rata meluahkan rasa takut dan juga syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
“Panjang umur penunggang motor itu, lewat sediki sahaja,” tulis Azizi9169
“‘Respect’ pemilik motor itu, boleh kawal keadaan, bunyi petir kuat, naik motor pakai helmet tidak setara kereta,” kata Shah Studio H07.
“Saya pernah jugak (mengalami) ‘experience’ (pengalaman) petir sambar buaian adik, mujur adik tiada dalam buaian itu. Namun bekas petir itu masih ada sampai sekarang,” kata Yellow Teletubbies.
Sumber: [1], [2]