Youtube Uji Buang Jumlah Dislike’ Untuk Elak Buli Siber

Bagi memberi sokongan kepada penerbit dan pencipta kandungan digital, YouTube kini sedang bereksperimen dengan membuang jumlah ‘dislike’ pada video di platform berkenaan.

youtube uji buang jumlah dislike’ untuk elak buli siber

Menurut laporan, fungsi dan jumlah dislike pada aplikasi penstriman video itu telah menjadi sasaran pembuli siber, sekali gus menjatuhkan moral pencipta kandungan video.

 

Menurut YouTube, cadangan untuk membuang jumlah dislike itu adalah selepas mengambil kira pandangan dan pendapat pencipta kandungan dari seluruh dunia.

 

"Sebagai tindak balas kepada maklum balas pencipta mengenai kempen dislike yang disasarkan, kami menguji beberapa reka bentuk baru yang tidak menunjukkan jumlah dislike pada orang ramai. Sekiranya anda menjadi sebahagian daripada percubaan kecil ini, anda mungkin melihat salah satu reka bentuk ini dalam beberapa minggu akan datang (contoh di bawah!)," kata YouTube dalam satu kenyataan.

youtube uji buang jumlah dislike’ untuk elak buli siber

 

 

 

Laman sosial lain seperti Instagram dan Facebook juga kini sedang dalam ujian untuk menyembunyikan jumlah like pada hantaran yang dibuat dengan tujuan mahu pengguna fokus kepada apa yang dikongsi, dan bukannya kepada jumlah like semata-mata.

 

Sumber: India Today