Permintaan Meningkat, Vaksin Keluaran Jerman Sasar Remaja Seawal 12 Tahun

Firma bioteknologi dari Jerman, CureVac berkata terdapat peningkatan dalam jumlah permintaan untuk vaksin COVID-19 keluarannya sejak akhir-akhir ini.

permintaan meningkat, vaksin keluaran jerman sasar remaja seawal 12 tahun

Ia mungkin didorong kebimbangan ramai mengenai kesan sampingan yang dilaporkan berlaku pada beberapa jenama vaksin lain sebelum ini.

 

Jurucakap CureVac bercakap mengenainya pada Khamis selepas melihat terdapat peningkatan yang ketara pada vaksin CureVac sejak akhir-akhir ini.

permintaan meningkat, vaksin keluaran jerman sasar remaja seawal 12 tahun

Kesatuan Eropah pada November lalu telah memperoleh hingga 405 juta dos vaksin CureVac dua suntikan, sebagai satu-satunya kontrak pembekalan besar syarikat itu setakat ini.

 

Di kebanyakkan negara Eropah dan negara lain di dunia, vaksin AstraZeneca adalah terhad kepada mereka yang lebih tua seawal usia 18 tahun dan keatas.

 

CureVac dalam kenyataan itu berkata mereka akan mula menguji vaksin COVID-19 keppada remaja seawal usia 12 tahun pada akhir bulan ini.

permintaan meningkat, vaksin keluaran jerman sasar remaja seawal 12 tahun

CureVac yang disokong oleh pelabur Dietmar Hopp, Yayasan Gates, GlaxoSmithKline, dan juga pemerintah Jerman, berharap vaksinnya itu akan mendapat kelulusan pada akhir Mei atau awal Jun.

 

Untuk permulaan, mereka akan mendaftarkan kira-kira 40 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Peru dan Panama, bagi menjalani ujian vaksin ini.

 

CureVac yang disenaraikan oleh Nasdaq nekad untuk menghasilkan hingga 300 juta dos vaksin pada tahun 2021 dan hingga satu bilion pada tahun 2022.

 

Sumber: The Edge

 

 

ARTIKEL BERKAITAN