Jom Ke Angkasa Lepas, Tiket Penerbangan Dijual Pada Harga RM 1,900,800!

Jika anda mempunyai impian untuk terbang dan melihat sendiri angkasa lepas, syarikat penerbangan Virgin Galactin kini membuka semula tiket penerbangan ke angkasa pada harga bermula AS$450,000, bersamaan RM 1,900,800.

jom ke angkasa lepas, tiket penerbangan dijual pada harga rm 1,900,800!

Syarikat yang sama sebelum ini pernah menjual 600 tiket kepada pelanggan pada harga dari AS$200,000 (RM843,638) hingga AS$250,000 (RM1.05 juta).

 

Pengumuman penjualan semula tiket penerbangan ke angkasa itu dibuat selepas melihat kejayaan pengasas Virgin Galactic, Richard Branson berjaya mengembara ke angkasa lepas.

jom ke angkasa lepas, tiket penerbangan dijual pada harga rm 1,900,800!

Kejayaan itu juga menjadikan Richard Branson menyaingi rakan jutawannya, Jeff Bezos dalam perlumbaan ke angkasa lepas yang dibangunkan oleh syarikatnya.

 

Penerbangan ke angkasa itu menawarkan tiket bagi tempat duduk tunggal, tawaran pakej dan keseluruhan penerbangan.

 

Virgin Galactin pada Jun lalu telah mendapat kelulusan dari pengawal selia keselamatan penerbangan Amerika Syarikat untuk membawa individu ke angkasa lepas. Ia juga dijangka melancarkan penerbangan ke angkasa lepas pada akhir bulan depan di New Mexico bersama dengan tentera udara Itali.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN