Negara jiran kita, Singapura dijangka akan memperkenalkan kenderaan udara berkuasa elektrik, dikenali sebagai Volocopter pada tahun 2026.
Kenderaan yang akan berfungsi sebagai teksi udara di negara itu adalah hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Hasil ciptaan Stephan Wolf dan Alexander Zosel dari Jerman pada tahun 2011, Volocopter telah menjalani R&D di Singapura sejak tahun 2019 lagi.
Ia turut melibatkan R&D dari Pusat Penyelidikan Fraunhofer di Universiti Teknologi Nanyang Singapura.
Bakal dilengkapi dengan 9 buah bateri dan 18 kipas serta ciri-ciri keselamatan terkini, Volocopter berjaya menjalankan sebanyak 1,000 ujian penerbangan berjaya antaranya di Dubai dan Singapura.
Sumber: Astro Awani