Teknologi ‘Mata Ketiga’ Bantu Mereka Yang Taksub Dengan Handphone

Pernahkah anda hampir terlanggar objek atau seseorang apabila sedang menaip sesuatu di telefon ketika sambil berjalan?

 

Jika YA, teknologi ini mungkin dapat membantu anda mengelakkan kejadian tidak diingini ketika sedang menggunakan telefon bimbit sambil sedang berjalan.

teknologi ‘mata ketiga’ bantu mereka yang taksub dengan handphone

Ciptaan teknologi mata ketiga oleh seorang pelajar ini akan memberikan amaran awal kepada pengguna dengan menghantar signal secara automatik sebaik sahaja pengguna berjalan. Dalam bahasa mudah, mata ketiga ini bertidak sebagai CCTV dan akan melihat sebarang halangan dihadapan pengguna seterusnya mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

teknologi ‘mata ketiga’ bantu mereka yang taksub dengan handphone

Teknologi yang masih diperingkat prototaip ini direka oleh pelajar dari Fakulti Kejuruteraan di Royal Collahe of Art and Imperial College London, Minwook Paeng.

teknologi ‘mata ketiga’ bantu mereka yang taksub dengan handphone

Menurut Minwok, meskipun ia dilihat mempunyai kebaikkan kepada pengguna yang sibuk dengan telefon bimbit, beliau menekankan kesan buruk menggunakan telefon pintar dalam jangka masa lama.

Beliau juga berharap ciptaanya itu akan berfungsi sebagai peringatan kepada obsesi menggunakan telefon bimbit memberikan lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikkan.

 

Untuk rekod, 30 peratus kemalangan yang melibatkan penggunaan telefon bimbit adalah ketika sedang berjalan di jalan raya. Ia menyebabkan luka, lebam, calar dan kecederaan dalaman khususnya pada mata dan hidung.

 

Sumber: Oddity Central