Tak Payah Bersusah Payah Ke Paris, Anda Kini Boleh Lihat 'Mona Lisa' Dalam Talian

Tidak perlu susah-susah untuk terbang ke Paris, apatah lagi tatkala musim pandemik ini.

tak payah bersusah payah ke paris, anda kini boleh lihat 'mona lisa' dalam talian

Anda kini sudah boleh melihat sendiri hasil karya seni agung Mona Lisa yang ditempatkan di Muzium Louvre dalam talian!

Tambahan lagi, bukan sekadar Monalisa, bahkan anda juga boleh menyaksikan sendiri lebih daripada 480, 000 koleksi seni di yang dipamerkan di muzium tersebut secara percuma dan pada bila-bila masa sahaja.

Jelas Presiden-Pengarah Musée du Louvre, Jean-Luc Martinez, “Buat kali pertama, sesiapa sahaja boleh melihat keseluruhan koleksi ini dari komputer atau telefon pintar mereka secara percuma, sama ada item yang dipamerkan di muzium ini, dipinjamkan, ataupun yang dalam simpanan.

“Warisan budaya Louvre yang menakjubkan kini hanya di hujung jari anda.”

Selain itu, pelawat yang berkunjung ke muzium tersebut buat pertama kalinya, juga boleh merujuk pada pilihan peta interaktif yang disediakan secara virtual untuk meneroka muzium itu.

Yang pastinya, pengalaman virtual tersebut tidak kurang seolah-olah anda benar-benar berada di dalam ruang muzium tersebut kerana anda boleh melangkah dari ruang ke ruang.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat carian karya tertentu atau memerika pameran mengikut tema.

Terdahulu, Muzium Louvre yang cukup popular dalam kalangan pengunjung antarabangsa yang melancong ke Paris itu ditutup setelah pandemik COVID-19 mula melanda dunia.

Ia pernah dibuka pada musim panas dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 namun ditutup kembali setelah Paris menguatkuasakan perintah berkurung selain menjalani fasa baik pulih bangunan.

 

Sumber: [1]