Saintis Cipta Penggera Bilik Untuk Kesan Mereka Yang Positif COVID-19

Sekumpulan saintis Britain telah berjaya membangunkan sistem penggera yang boleh mengesan kehadiran virus COVID-19 dalam sebuah bilik.

saintis cipta penggera bilik untuk kesan mereka yang positif covid-19

Peranti yang dipasang sama seperti sistem penggera kebakaran mempunyai ketepatan ujian RT-PCR atau Reverse Transription Polymerase Chain Reaction.

 

Dengan penciptaan ini ia dijangka memainkan peranan penting bagi mengesan kes jangkitan COVID-19 khususnya dalam pesawat, kelas, pejabat dan rumah penjagaan.

 

Peranti yang dicipta oleh syarikat yang berpangkalan di Cambridge, Roboscientific secara asasnya mengesan kimia yang dihasilkan oleh kulit atau pernafasan mereka yang dijangkiti COVID-19, sekaligus boleh menjadi amaran awal untuk mencegah kemunculan kluster jangkitan.

saintis cipta penggera bilik untuk kesan mereka yang positif covid-19

Alat tersebut telah diuji di London School of Hygiene and Tropical Medicine dan Universiti Durham dengan ketepatan ujian antara 98 hingga 100 peratus.

 

Ia didapati berjaya mengesan seseorang yang dijangkiti COVID-19 jika mereka mempunyai gejala dengan masa 15 hingga 30 minit untuk menguji tahap udara dalam bilik, seterusnya menghantar keputusan ujian ke telefon pintar atau komputer.

 

Sumber: Daily Mail