Saintis Kini Berjaya Cipta Cat Paling Putih Di Dunia

Sekumpulan saintis di Universiti Purdue di negeri Indiana, Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah berjaya mencipta cat paling putih di dunia.

saintis kini berjaya cipta cat paling putih di dunia

Cat tersebut mempunyai warna putih yang unik dimana ia mampu menyelesaikan masalah rumah yang panas dan bahang.

 

Katanya, warna cat putih yang ada dipasaran kini hanya mampu memantulkan 80 hingga 90 peratus cahaya matahari dan tidak menyejukkan bumbung bangunan.

 

Sebaliknya, cat putih yang dicipta kumpulan penyelidik ini mampu memantulkan sehingga 98.1 peratus serta berupaya menyejukkan permukaan dinding sebanyak 4.5 darjah Celsius.

saintis kini berjaya cipta cat paling putih di dunia

saintis kini berjaya cipta cat paling putih di dunia

Maka, cat putih ini dikatakan boleh menggantikan pendingin hawa dengan berkesan.

 

“Sekiranya anda menggunakan cat ini untuk menutupi bumbung seluas kira-kira 304 meter persegi, kami menganggarkan anda dapat memperoleh tenaga penyejukan 10 kilowatt.

“Itu adalah kuasa penyejukan yang lebih kuat daripada pendingin hawa berpusat yang digunakan oleh kebanyakan rumah,“ kata Profesor Universiti Purdue, Xiulin Ruan.

 

Cat tersebut akan dipatenkan dan mereka berharap ia akan berada dipasaran dalam masa dua tahun akan datang. Penemuan ini juga telah diterbitkan dalam jurnal ACS Applied Materials & Interfaces.

 

Sumber: The Guardian

 

 

ARTIKEL BERKAITAN