Planet Mirip Bumi Dengan Atmosfera Aneh Ditemui NASA

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melaporkan penemuan sebuah planet yang menyerupai Bumi, disebut sebagai TOI-1231b.

planet mirip bumi dengan atmosfera aneh ditemui nasa

Eksoplanet yang mempunyai jarak 90 tahun cahaya dari Bumi ini difahamkan mempunyai atmosfera aneh dengan awannya berisi air.

 

Ia melengkapkan orbit penuh di sekitar bintang merah jenis M, setiap 24 hari Bumi. Penemuan planet itu akan diperincikan dalam jurnal The Astronomical Journal edisi akan datang.

planet mirip bumi dengan atmosfera aneh ditemui nasa

“Planet ini, TOI 1231 b, ada suhu serupa dengan Bumi, ini kerana bintang induknya yang lebih sejuk dan kurang terang,” kata pengarang bersama kajian, Diana Dragomir yang juga seorang penolong profesor di Jabatan Fizik dan Astronomi Universiti New Mexico.

 

Tambah lagi, TOI 1231b ini mempunyai atmosfera hidrogen atau hidrogen-helium yang besar serta atmosfera wap air yang lebih padat.

Ia mempunyai suhu sekitar 60 darjah Celsius, menjadikan ia sebagai salah satu eksoplanet kecil yang paling sejuk dan tersedia untuk dikaji lebih mendalam pada masa akan datang.

 

Berbeza dengan planet kecil K2-18b yang ditemui pada 2015, planet TOI-123b ini adalah satu-satunya planet yang berada dalam julat suhu yang hampir sama dengan Bumi.

 

Persoalannya, adakah terdapat hidupan pada TOI-123b?

 

Sumber: Science Daily