Pesawat Bakal Guna Bahan Api Dari Najis Manusia Menjelang 2030

Menjelang 2030, pesawat di Britain bakal menggunakan bahan api yang lebih mesra alam iaitu diperbuat daripada najis manusia.

pesawat bakal guna bahan api dari najis manusia menjelang 2030

Memetik laporan The Sun, perkara itu didedahkan kerajaan Britain melalui Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps dengan penggunaan najis manusia sebanyak 10 peratus menjelang 2030. Bilangan itu seterusnya akan meningkat kepada 75 peratus menjelang 2050.

 

Menurut beliau, bahan-bahan buangan itu bukan sahaja lebih mesra alam, malah ia dapat menjimatkan kira-kira 23 mega tan karbon pada tahun 2050 serta mampu menghasilkan sehingga 11,000 peluang pekerjaan hijau di Britain.

pesawat bakal guna bahan api dari najis manusia menjelang 2030

“Industri penerbangan akan menjadi pusat kepada pertumbuhan masa depan serta merangkumi beberapa pelan yang lebih hijau selepas pandemik ini.

“Disebabkan itu, kita telah melaburkan lebih £20 juta (RM116.3 juta) pada beberapa tahun lepas untuk menyahkarbon sektor tersebut sejajar dengan sasaran sifar karbon bersih,” katanya.

 

Menurut kajian, terdapat sehingga 70% kandungan karbon dalam najis yang mana ia adalah bahan utama dalam proses pembakaran.

 

Sumber: The Sun

ARTIKEL BERKAITAN