Pengguna internet sejak semalam hangat memperkatakan tentang satu laman web interaktif iaitu PopCat.
PopCat yang merupakan meme Internet terkenal kini menjadi permainan disebuah laman web, dimana pengguna seluruh dunia mewakili negara masing-masing bersaing bagi menjadi yang teratas paling banyak klik per saat.
Pengguna hanya perlu membuka laman web popcat.click, dan menekan sepantas mungkin pada skrin atau tetikus pada komputer bagi menaikkan ranking negara masing-masing.
Sehingga artikel ini ditulis, Finland, Taiwan dan Sweden berada ditempat pertama, kedua dan ketiga, manakala Malaysia ditempat ke-14 daripada 187 negara yang tersenarai.
Hasil semakan keatas pautan berkenaan juga didapati ia selamat dan tidak membahayakan pengguna.
Sumber: Popcat