Sentuh Dan Dengar, Peranti Ni Akan Explain Maksud Perkataan Yang Korang Tak Tahu

sentuh dan dengar, peranti ni akan explain maksud perkataan yang korang tak tahu

Korang bayangkan kalau ada mesin yang boleh bacakan buku untuk kita, mesti best kan? Sentuh je perkataan dekat buku tu then dia akan bacakan.

Sebenarnya, peranti tu memang wujud pun. Dikenali sebagai TOUCHHEAR, peranti ni akan bacakan perkataan yang korang sentuh pada buku. Kiranya, kalau korang tak tahu macam mana nak sebut, so korang boleh belajar dekat situ.

Peranti tersebut dihasilkan oleh Division of Indsutrial Design School of Design & Environment, National University of Singapore. Apa yang menarik lagi, peranti ni boleh bagitahu maksud perkataan-perkataan tersebut. WOW!

Peranti ni bukan sahaja membantu kita yang boleh melihat tetapi membantu mereka yang cacat penglihatan untuk membaca buku sekali gus belajar untuk menyebut perkataan itu.

Jadi, sekarang ni mana nak beli peranti ni?

Sumber: Design Incubation Centre