Sering Muncul Diawal Filem, Ngauman Leo the Lion Kini Versi Baharu

Jika anda peminat filem antarabangsa, sudah pasti anda cukup familiar dengan singa yang mengaum pada awal filem yang menjadi trademark Metro-Goldwyn-Mater (MGM).

sering muncul diawal filem, ngauman leo the lion kini versi baharu
 
Setelah hampir 100 tahun Leo the Lion berkhidmat sebagai maskot perfileman MGM, kini ia digantikan dengan logo grafik komputer (CG).

sering muncul diawal filem, ngauman leo the lion kini versi baharu
 
Menerusi video pendek di Youtube rasmi MGM, mereka menunjukkan evolusi maskot singa yang digunakan, bermula daripada singa yang sebenar (Leo the Lion) pada tahun 1924, kepada versi komputer dengan warna lebih terang keemasan.
 
sering muncul diawal filem, ngauman leo the lion kini versi baharu

Meskipun menggunakan komputer, singa mengaum itu masih nampak seakan sebenar dan realistik.
 
“Sejak kemunculan teknologi CG, Hollywood mampu menggantikan visual sebarang jenis hidupan.
“Kita pernah melihat teknologi CG digunakan untuk mengimbas kembali babak di masa lampau seperti watak Kurt Russel dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 di waktu mudanya, atau watak Michael Douglas yang ‘kurang kedutan’ di wajahnya dalam filem Marvel Ant-Man and the Wasp.

“Ia juga secara teori mampu merealisasikan kesan visual yang serupa bagi memanjangkan hayat karier sebuah bintang filem yang secara semula jadinya mampu dimamah usia, malah mewujudkan kembali visual mereka yang sudah mati,” jelas jurucakap studio perfileman itu.


 
Sejak 1957, sebanyak tujuh ekor singa telah memegang watak Leo the Lion, dalam usaha MGM menjenamakan semula logo mereka.

 
Sumber: Adweek / Astro Awani