Lelaki Hadiahkan 15 Orang Isterinya Setiap Seorang Satu Rolls-Royce

Jenama kereta dari Britain, Rolls-Royce, merupakan pengeluar kereta mewah yang terkemuka di dunia. Harga paling murah bagi model kereta jenama ini adalah Cullinan yang dijual pada harga bermula RM1.8 juta setiap satu.

lelaki hadiahkan 15 orang isterinya setiap seorang satu rolls-royce

Disebabkan harganya yang sangat mahal, Raja Mswati III dari negara Eswatini telah membeli 19 buah Rolls-Royce dan menghadiahkan kesemua 15 orang isterinya setiap unit kereta berkenaan, serta membeli 120 unit BMW sedan yang belum dapat dipastikan siapa penerimanya.

lelaki hadiahkan 15 orang isterinya setiap seorang satu rolls-royce

Antara model Rolls-Royce yang dijadikan hadiah ini adalah model Ghost, Phantom dan Cullinan.

lelaki hadiahkan 15 orang isterinya setiap seorang satu rolls-royce

Raja Mswati III dikatakan mempunyai banyak kereta mewah, malah turut mempunyai garaj kereta yang paling mahal di dunia.

lelaki hadiahkan 15 orang isterinya setiap seorang satu rolls-royce

Tidak dapat dipastikan jumlah keseluruhan koleksi kereta miliknya, namun antara model yang ada di garajnya seperti Maybach 62, BMW X6 dan 20 buah Mercedes-Maybach S600 Pullman.


Bagaimanapun, pembelian kereta mewah oleh beliau menjadi kontroversi dalam negara tersebut kerana masih ramai rakyatnya yang hidup terlampau daif dan miskin.

 
Sumber: Motoqar