Baru-baru ini, perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp telah tergendala selama hampir 6 jam untuk kali pertama dan dua jam untuk kali yang kedua, hingga menyebabkan ramai pengguna merungut dan marah.
Malah, masalah itu turut menyebabkan ribuan pengguna beralih arah kepada alternatif lain seperti Telegram dan Twitter.
Disebabkan insiden yang berlaku secara tiba-tiba tanpa memberitahu pengguna akan masalah yang sedang timbul, syarikat gergasi sosial media itu kini sedang menguji fungsi baharu dalam aplikasi mereka.
Melalui aplikasi Instagram, ia bakal memaparkan notifikasi dalam aplikasi sekiranya berlaku masalah yang menyebabkan perkhidmatan tergendala.
Pengguna juga akan dimaklumkan masalah dan maklumat berkaitan mengapa ia berlaku. Dengan adanya fungsi ini, kegusaran pengguna yang tidak dapat akses ke akaun masing-masing dapat dikurangkan.
Buat masa ini, fungsi ini sedang diuji pada platform Instagram sahaja. Sekiranya terbukti berguna, ia mungkin akan dikembangkan ke platform lain seperti Facebook dan WhatsApp.
Apa pula pendapat anda?
Sumber: [1]