Instagram Buang Fungsi Swipe Up Di Story Mulai 30 Ogos Ini

Instagram merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Antara fungsi lain yang ada dalam Instagram adalah fungsi swipe up bagi mereka yang mempunyai pengikut lebih 10 ribu dan akaun yang di ‘verified’.

instagram buang fungsi swipe up di story mulai 30 ogos ini

Fungsi swipe up digunakan bagi berkongsi pautan luar kepada pengikut di laman sosial tersebut. Namun, bermula 30 Ogos, Instagram akan membuang fungsi berkenaan dan menggantikan ia dengan pelekat pautan (link stickers).

instagram buang fungsi swipe up di story mulai 30 ogos ini

Link sticker mempunyai fungsi sama dengan swipe up, cuma bezanya pautan yang dikongsi perlu ditekan dan tidak lagi diluncurkan ke atas seperti sebelum ini.

instagram buang fungsi swipe up di story mulai 30 ogos ini

Menurut Ketua bahagian produk di Instagram, Vishal Shah berkata, pelekat pautan ini lebih mesra kepada pengguna berbanding fungsi swipe up dan ia akan diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna Instagram serta tidak terhad hanya kepada pengikut 10 ribu sahaja.

 

Perbezaan utama antara kedua ciri tersebut, selain dari perbezaan gerak isyarat yang jelas, adalah pengguna dapat bertindak balas terhadap konten yang mempunyai pelekat pautan, tetapi tidak dapat memberikan respon pada stories tersebut.

 

Instagram berkata bahawa buat masa ini, hanya orang yang mempunyai hak istimewa yang akan mendapat pilihan pelekat, tetapi masih berbincang untuk melancarkannya kepada lebih ramai pengguna.

 

ARTIKEL BERKAITAN