Instagram adalah rangkaian sosial yang boleh anda gunakan secara percuma. Pemegang akaun akan mendedahkan imej dan video mereka sendiri, berkongsi imej dan video, dan mengedit kandungan.
Sehingga kini, terdapat 1.074 billion pengguna Instagram dari serata dunia, menjadikan ia adalah antara penyedia media sosial yang popular di dunia.
Baru-baru ini, Instagram telah mengemaskini tetapan mereka dengan mewajibkan setiap pengguna untuk meletakkan tarikh sebenar hari kelahiran mereka pada akaun Instagram masing-masing.
Perkara ini sudahpun mula dibuat Instagram sejak dari tahun 2019, bagi menyekat aktiviti tidak sihat yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur.
Pengguna yang masih belum mengemaskini tarikh lahir mereka akan diminta berbuat demikian apabila membuka aplikasi tersebut. Malah, pengguna juga boleh mengabaikan peringatan yang muncul pada aplikasi Instagram itu, namun ia meletakkan risiko mereka untuk tidak boleh mengakses beberapa kandungan di Instagram di masa akan datang.
Misalnya, ada sesetengah hantaran akan ditetapkan kepada kabur jika anda tidak mengemaskini tarikh lahir, berkemungkinan anda tidak cukup umur untuk melihat kandungan sedemikian.
Tambah lagi, Instagram juga menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan anda meletakkan tarikh lahir dan tahun yang benar dengan meninjau kepada ruangan komen atau jenis hantaran yang anda lakukan. Jika anda disyaki menipu tarikh dan tahun kelahiran, Instagram akan meminta anda berkongsi kad pengenalan atau maklumat lain bagi mengesahkan identiti anda.
Buat masa ini, Instagram hanya dibenarkan untuk pengguna berusia 13 tahun dan keatas, malah mereka kini sedang merancang untuk mencipta aplikasi khas kepada pengguna berusia 13 tahun dan kebawah.
Sumber: [1]