Kunci Macam Kad Kredit? Canggih! Macam Tak Percaya Kereta Ini Ada 5 Ciri Khas Menarik Yang Super High Tech 🔥

Artikel ini ditaja oleh Honda

Honda Civic e:HEV RS menampilkan pelbagai ciri hebat dan terbaru

Kredit: Honda

Bila dah masuk 2023 ni confirm semua mahukan perubahan. Ye lah, dengan teknologi sekarang ni, semua benda jadi perlu lebih canggih dan pintar.

Bukan saja telefon dan rumah perlu dilengkapi teknologi pintar, kereta pun wajib ada!

Tambahan pula sekarang, semakin banyak kenderaan menggunakan teknologi elektrik yang diyakini lebih efisyen!

Tapi korang tahu tak Honda ada lancarkan varian Civic e:HEV RS dengan teknologi hibrid termaju?

Hanya ada pada Honda Civic e:HEV RS je tau!

Bukan saja dilengkapi dengan enjin hibrid terkini, teknologi dalaman dan sistem digunakan pun memang next level ya!

Apa Yang Canggih Sangat Honda Civic e:HEV RS Baru Ni?

#1 Kunci Kereta? Now Guna Kad Jer! 

Honda Civic e:HEV RS hanya menggunakan kunci bersaiz kad kredit

Kredit: Honda

Pernah tak terbayangkan kunci kereta korang senipis dua kad kredit? Pasti mudah kan kalau simpan dalam poket mahupun dompet!

Jangan tak percaya, dengan Honda Civic e:HEV RS ni tiada lagi tau kunci yang besar tu.

Honda Civic e:HEV RS hanya gunakan kad bersaiz kad kredit untuk buka pintu mahupun start enjin!

Memang cutting edge, lebih cool, premium dan bergaya! Lepas ni jangan peliklah kalau ramai panggil korang Tony Stark. 🤭

#2 Kuasa 2.0L e:HEV, Teknologi Hibrid Paling Canggih! 

Honda Civic e:HEV RS menggunakan enjin lebih berkuasa

Kredit: Honda

Korang tahu tak Honda Civic e:HEV RS merupakan varian Civic paling canggih dan berkuasa?

Selain dilengkapi sistem hibrid sepenuhnya, model Honda Civic e:HEV RS merupakan jenis sedan yang dikuasakan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV baharu!

Teknologi ini adalah yang pertama untuk Civic dan Honda Malaysia tau!

Bayangkan Honda Civic e:HEV RS adalah model kelima e:HEV dalam keluarga Honda Malaysia selepas Honda City e:HEV, Honda City Hatchback e:HEV dan Honda HR-V e:HEV.

Dalam kesemua model e:HEV sebelum ini, Civic e:HEV RS adalah model e:HEV pertama dengan trenkuasa 2.0L.

Hebat bukan? Confirm prestasi lebih efisyen, berkuasa dan paling buat korang lega adalah lebih jimat minyak. 🔥

#3 Human Centred Technology! Lebih Interaktif & Fungsi Canggih Memudahkan!

Honda Civic e:HEV RS dilengkapi sistem paparan lebih canggih dan interaktif

Kredit: Honda

Kecanggihan Honda Civic e:HEV RS tidak hanya terhad pada enjin hibrid dan kunci bersaiz kad kredit jer.

Model ini juga serba lengkap dari segala kemudahan baik hiburan atau fungsi penting lain.

Dengan ciri khas yang pelbagai ini, memang mudahkan korang ketika memandu. Antaranya termasuklah 👇

  • Pengecasan Tanpa Wayar - Kereta korang lebih nampak sleek apabila mempunyai fungsi ini. Hanya letakkan saja telefon pintar dan ia akan mengecas secara automatik tanpa perlu wayar!
  • Apple CarPlay Tanpa Wayar - Ibarat Infotainment bergerak! Korang boleh gunakan segala aplikasi dan fungsi terbina dalam Apple CarPlay. Korang boleh buat panggilan, hantar mesej, menikmati muzik atau arah pemanduan GPS menggunakan fungsi ini.
  • Skrin Interaktif 10.2 inci - Bayangkan pemanduan korang ditemani kluster meter digital penuh 10.2 inci.

#4 Rekaan Serba Baru! Lebih Moden & Eksklusif! 

Rekaan dan kemasan luar Honda Civic e:HEV RS lebih eksklusif

Kredit: Honda

Reka bentuk Honda Civic e:HEV RS menampilkan ‘signature’ Civic yang terkini dan eksklusif yang hanya terdapat untuk varian ini saja.

Jika dilihat pada sekeliling kereta ini, korang boleh lihat dengan jelas kemasan krom halus yang digunakan. Sangat stunning!

Paling eksklusif, logo H pada model Honda Civic e:HEV RS mempunyai warna latar biru tau! Confirm ramai yang cemburu dengan logo H bercahaya biru ni, daripada jauh dah nampak cool guys!

Honda Civic e:HEV RS menggunakan rim aloi dwi tona

Kredit: Honda

Tidak ketinggalan pemanduan korang pasti lebih bergaya dengan rim aloi 18 inci jenis dwi-tona.

#5 Ciri Keselamatan Pun Canggih! Honda SENSING Kini Lebih Komprehensif! 

Honda Civic e:HEV RS menggunakan teknologi Honda Sensing

Kredit: Honda

Paling penting jika korang memandu menggunakan Honda Civic e:HEV RS ini, ia kini dilengkapi teknologi Honda SENSING yang lebih menyeluruh tau!

Terdapat 9 jenis kesemuanya termasuklah 👇

  1. Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  2. Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN)
  3. Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM)
  4. Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  5. Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  6. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  7. Ikut Halaju Rendah (LSF)
  8. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  9. Amaran Tukar Lorong (LDW)

Selain itu, terdapat enam beg udara dan kamera Honda LaneWatch!

Jadi, pemanduan korang lebih terjaga, terkawal dan lebih selamat dengan segala kelengkapan hebat ini!

Honda Civic e:HEV RS lebih berkuasa

Kredit: Honda

Next level kan! Kalau korang berminat dengan Honda Civic e:HEV RS yang serba canggih dan lengkap ini, ada empat empat pilihan warna ditawarkan iaitu merah, hitam, putih dan kelabu.

Harga jualan atas jalan tanpa insurans pula bermula dari 👉 RM166,500.

Untuk maklumat lanjut korang layari je laman web Honda atau Pengedar Sah Honda sekarang!