Google Uji Fungsi Amaran Jika Anda Mesej Sambil Berjalan

Pernah tak anda terlanggar sesiapa ketika sedang berjalan sambil menaip pada telefon?

google uji fungsi amaran jika anda mesej sambil berjalan

Syarikat gergasi Google kini sedang menguji pengguna Android yang mempunyai masalah itu dengan update terbaru mereka yang diberi nama ‘Heads Up’.

 

Fungsi yang diuji dalam versi beta ini adalah antara aplikasi dalam Google Digital Wellbeing.

google uji fungsi amaran jika anda mesej sambil berjalan

Apa yang menarik tentang fungsi terbaharu ini adalah pengguna akan diberikan amaran dalam bentuk notifikasi ringkas jika ia mengesan anda sedang berjalan dengan telefon bimbit yang tidak dikunci.

Ia memberi amaran supaya anda peka dengan keadaan sekeliling dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang berjalan, berlari atau sedang jogging.

 

"Aplikasi ini menggunakan sensor di telefon anda yang dapat mengesan pergerakan untuk memahami apakah anda sedang berjalan atau tidak, sementara lokasi digunakan untuk memahami sama ada anda berjalan di dalam atau di luar rumah.

"Walaupun kami telah menguji fungsi ini setepat yang mungkin, jangan hanya bergantung pada fungsi ini untuk keselamatan anda.

"Harap selalu gunakan pertimbangan terbaik anda, dan gunakan fungsi ini sebagai peringatan ringkas ketika berjalan." jelas Google dalam satu kemaskini.

 

Jika anda ingin menggunakan fungsi beta ini, anda boleh sertai program beta dalam aplikasi Digital Wellbeing.

 

Sumber: Google Support

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN