Google Mansuhkan Format APK Di Play Store Mulai Ogos Ini

Selepas sekian lama kita gunakan file dengan format APK sebagai format fail Android, kini nampaknya syarikat gergasi Google bakal mengubah strategi mereka.

google mansuhkan format apk di play store mulai ogos ini

Menerusi satu pengumuman, Google melakukan satu perubahan besar terhadap pembangun aplikasi yang mahu aplikasi mereka disenaraikan dalam Play Store iaitu menggunakan Andriod App Bundle (AAB).

google mansuhkan format apk di play store mulai ogos ini

Perubahan format daripada APK kepada AAB yang dilaporkan bermula Ogos ini memerlukan setiap aplikasi yang diterbitkan di Play Store haruslah menggunakan tersebut.

 

Google berkata, terdapat pelbagai potensi penambahbaikan dengan format baharu itu, seperti saiz aplikasi yang lebih kecil dan memudahkan pengguna untuk memuat turun.

 

Cuma isu yang timbul dengan pertukaran fomat ini adalah ia hanya boleh digunakan pada Google Play Store sahaja, dan ini jelas menyukarkan saluran penerbitan aplikasi pada sistem berbeza.

google mansuhkan format apk di play store mulai ogos ini

Pengumuman ini dibuat sejurus selepas Microsoft mengumumkan Windows 11 yang boleh menggunakan aplikasi Android tanpa emulator. Ini mungkin akan menyebabkan kurangnya aplikasi yang dapat dijalankan dalam sistem operasi buatan Microsoft itu, meskipun sumber salurannya datang dari Amazon Appstore.

 

Bagaimanapun, syarat untuk menggunakan Android App Bundles hanya terpakai untuk aplikasi baru, manakala aplikasi lama dikecualikan.

 

Sumber: Developer Android