Google ‘Incognito Mode’ Masih Boleh Dedahkan Anda Secara Atas Talian, Ini Caranya

Enjin carian Google Chrome memiliki satu fungsi yang mana ia tidak akan menyimpan sejarah aktiviti anda di sebarang laman iaitu fungsi penyamaran (incognito mode).

google ‘incognito mode’ masih boleh dedahkan anda secara atas talian, ini caranya

Bagi mengaktifkan mod penyamaran ini, pengguna hanya perlu membuka ikon mod samaran pada tiga titik sebelah atas kanan enjin Google Chrome. Dengan ini, tiada kesan penjejakan dapat dilihat di laman ‘history’ anda.

 

Dengan fungsi mod penyamaran ini, anda tidak menyimpan sebarang kuki (cookies), iaitu fail kecil pada komputer yang membenarkan laman sesawang itu tahu yang anda pernah ke laman mereka sebelum ini. Ia juga tidak menyimpan sebarang data dan log masuk pada mana-mana sesawang.

google ‘incognito mode’ masih boleh dedahkan anda secara atas talian, ini caranya

Namun begitu, ia bukanlah tanda aktiviti anda tidak dikesan langsung secara atas talian. Misalnya, sesiapa sahaja yang berada dalam rangkaian WiFi anda masih boleh mempunyai akses untuk melihat aktiviti anda meskipun dalam mod penyamaran ini.

 

Sebagai contoh, anda melayari internet dalam mod penyamaran menggunakan WiFi syarikat, majikan anda boleh menggunakan perisian risikan khas bagi melihat semua aktiviti pelayaran laman sesawang anda. Begitu juga penyedia perkhidmatan internet anda yang masih boleh melihat semua aktiviti anda walaupun ketika itu anda mengaktifkan mod penyamaran ini.

 

Tambah lagi, laman sesawang itu sendiri juga masih boleh mengesan anda secara atas talian pada laman mereka. Misalnya, Google masih tahu lokasi anda dan apa yang anda cari dalam mod penyamaran.

 

Perlu diingatkan, mod penyamaran ini bukanlah bermaksud aktiviti anda secara atas talian dirahsiakan, sebaliknya ia berfungsi untuk enjin carian Google Chrome tidak menyimpan sejarah, kuki atau info dalam peranti anda sahaja. Ia masih boleh dijejak secara atas talian tentang segala apa yang anda lihat dan cari dari mana-mana laman sesawang.

 

Sumber: Google