Sertai Perbincangan Audio Antara Dua Fungsi Baharu Facebook

Facebook merupakan salah satu web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.

sertai perbincangan audio antara dua fungsi baharu facebook

Mempunyai lebih dari 2.6 bilion pengguna, Facebook sentiasa menawarkan pelbagai ciri menarik dan salah satunya yang terbaru adalah fungsi perbincangan audio kepada penggunanya.

 

Dikenali sebagai Live Audio Rooms, pengguna boleh mengadakan atau menyertai mana-mana perbincangan audio yang dianjurkan.

sertai perbincangan audio antara dua fungsi baharu facebook

Fungsi yang saling tak tumpah macam aplikasi Clubhouse ini bakal membenarkan pengguna memilih muzik dan efek bunyi ketika mengadakan perbincangan audio supaya audio yang terhasil nanti menjadi lebih berkualiti dan menarik.

 

Selain itu, pengguna aplikasi ini juga bakal dihidangkan dengan fungsi rakaman podcast, dan klip audio oleh mana-mana pengguna tidak lama lagi.

sertai perbincangan audio antara dua fungsi baharu facebook

Dikenali sebagai Soundbite, pengguna akan dicadangkan podcast yang menarik dan anda boleh berkongsinya kepada rakan anda di Facebook.

sertai perbincangan audio antara dua fungsi baharu facebook

Kedua-dua fungsi terbaharu ini kini sedang diuji kepada segelintir pengguna dan pencipta dan akan hadir kepada semua tidak lama lagi.

Sumber: Facebook