China Bakal Hantar Lebih 20 Roket Demi Latihan ‘Selamatkan Bumi’

Sekumpulan penyelidik dari China dilaporkan bakal menghantar lebih 20 roket pengubah arah ke ruang angkasa, sebagai latihan untuk menyelamatkan bumi daripada dihentam batu asteroid.

china bakal hantar lebih 20 roket demi latihan ‘selamatkan bumi’

Memetik laporan dari Reuters, teknik ini dikatakan penting dan lebih selamat bagi mempertahankan bumi daripada hentaman batu angkasa atau asteroid.

china bakal hantar lebih 20 roket demi latihan ‘selamatkan bumi’

Kaedah yang sama akan digunakan oleh Amerika Syarikat pada hujung tahun 2021 atau awal 2022 yang mana mereka akan menghantar robot angkasa bagi mengubah laluan dua batu asteroid yang dijangka berdekatan dengan Bumi.

 

Batu asteroid yang sedang dikaji arah pergerakannya ini dikenali sebagai Bennu, yang mana mempunyai saiz sebesar menara Empire State di Amerika Syarikat. Batu berkenaan juga dikatakan berpotensi menyebabkan kerosakan pada bumi jika ia memasuki ruang atmosfera.

china bakal hantar lebih 20 roket demi latihan ‘selamatkan bumi’

Dalam pada itu, China akan menggunakan 23 roket ciptaan mereka untuk mengubah arah ancaman asteroid jika ia membahayakan bumi. Kajian mengenai perubahan trajektori asteroid ini juga telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Icarus.

china bakal hantar lebih 20 roket demi latihan ‘selamatkan bumi’

Antara usaha yang telah dan sedang dilakukan China dalam penerokaan angkasa lepas adalah pelancaran 6 roket Long March 5 sejak 2016, meskipun salah satu daripadanya pernah menjadi insiden membahayakan pada Mei lalu.

 

Sumber: Reuters

ARTIKEL BERKAITAN