Padi Mula Tumbuh, China Bakal Hasilkan Beras Pertama Dari Angkasa

Bagi tujuan menjaga keselamatan makanan negara, China kini memulakan fasa pertama beras angkasa dengan menyemai benih padi yang dibawa bersama misi penjelajahan ke bulan pada tahun lalu.

padi mula tumbuh, china bakal hasilkan beras pertama dari angkasa

Benih padi itu dilihat mula tumbuh selepas ia dibawa bersama dalam penjelajahan Chang'e-5 pada November tahun lalu.

 

Menurut Global Times, benih padi itu berada di angkasa lepas selama 23 hari dan terdedah kepada radiasi kosmik serta sifar graviti membuatkan ia mengeluarkan lebih banyak hasil berbanding jika ia ditanam di bumi.

 

Kini semaian itu mula tumbuh dan hasilnya dapat dilihat menerusi 2,000 pokok yang ditanam di pusat kajian di Universiti Selatan China dekat Wilayah Guangdong.

 

Dalam pada itu, tempoh  antara tiga hingga empat tahun lagi dijangka diperlukan untuk 'beras angkasa' ini memasuki pasaran.

 

China kini giat memberi fokus kepada keselamatan bekalan makanan bagi menjamin 1.4 bilion penduduknya agar tidak terjejas. Kajian keatas varian beras baru sudahpun dimulakan sejak 1987 dan 200 jenis varian lain juga sudah ditanam termasuk tomato.

 

Setakat 2018, China mempunyai 2.4 juta hektar keluasan pertanian dan ia jelas menunjukkan mereka sangat mementingkan bekalan makanan khususnya pertanian.

 

Sumber: The Edge